Saturday, July 31, 2010

Enjin Carian / Gelintar

Enjin carian atau gelintar merupakan sebuah sistem yang digunakan untuk mencari maklumat yang berbentuk data dan sebagai di dalam laman web. Enjin carian memudahkan para pengguna internet mencari bahan dengan menggunakan kata kunci tertentu. Sebagai contoh, seorang pelajar ingin mencari maklumat mengenai sejarah kesultanan melayu melaka di laman web. Pelajar tersebut tidak perlu menaip panjang untuk mencari data mengenainya cukup sekadar menaip sebahagian sahaja. Maklumat yang dipaparkan akan bersifat umum mengikut kata kunci yang tepat kerana sumber untuk sesuatu maklumat bergantung kepada wujudnya maklumat tersebut dalam laman web.

Wednesday, July 21, 2010

Apple iPad



Apple iPad merupakan komputer tablet keluaran Apple Inc. yang mempunyai pelbagai fungsi media seperti buku, movie, muzik dan permainan selain boleh mengakses laman sesawang (web) dan emel. Apple iPad mampu dibawa ke mana saja kerana beratnya tidak melebihi 1 kilogram iaitu 700 grams sahaja. Menurut Wikipedia, Apple iPad telah terjual sebanyak 3 juta unit pada 80 hari selepas dilancarkan pada April 2010. Apple iPad mempunyai sistem operasi (OS) yang sama seperti iPod touch dan juga iPhone. Apple iPad telah mengalami perubahan teknologi dengan kawalan sentuhan tangan (touch screen) dimana berbeza dengan komputer tablet terdahulu yang menggunakan kawalan picu tekanan (Pressure Triggered Stylus). Apple iPad juga mampu mengoperasikan aplikasi sendiri yang khusus sama seperti iPhone.

sumber : Wikipedia