Tuesday, November 9, 2010

IT DAN FUNGSI-FUNGSINYA

IT dan Fungsi-fungsinya

Definasi Tekologi Maklumat
Menurut The Society of Information System Engineering, teknologi maklumat ( Information Technology - IT ) ditakrifkan sebagai aplikasi teknologi-teknologi berkenaan kepada pemprosesan maklumat dan pusat minat semasa pada perkomputeran, telekomunikasi dan electronik digital.

Fungsi-fungsi Teknologi Maklumat
Menurut Carter (1993), teknologi maklumat mempunyai fungsi-fungsi berikut:
- Pemerolehan Data
- Penyimpanan Data
- Pemprosesan Data
- Peng'komunikasi'an Data
Laudon (1995) pula memberikan fungsi-fungsi seperti di bawah:
- Pengesanan Data
- Peng'komunikasi'an Data
- Penganalisisan Data
- Pemaparan Data

Pemindahan Maklumat
E-mail
Penggunaan e-,ail hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk penghantaran mesej. Alamat e-mail mengandungi nama pengguna, simbol @, nama user's computer, tanda noktah dan jenis organisasi. Organisai-organisasi mempunyai huruf-huruf .com pada akhir alamat. Kumpulan kerajaan mempunyai huruf .org, institusi pendidikan dengan huruf .edu, .mil untuk ketenteraan, .org untuk organisasi tanpa keuntungan dan sebagainya.
Terdapat pelbagai jenis program untuk penghantaran, penerimaan dan pengorganisasian e-mail. Pada sistem UNIX, 2 daripadanya yang paling popular ialah Pine dan Elm. Pengguna yang mempunyai SLIP/PPP , Eudora adalah lebih baik dan terdapat juga pakej percuma seperti Pegasus. Kini, terdapat banyak laman web yang menawarkan perkhidmatan e-mail percuma seperti hotmail, rocketmail, apexmail, geocities dan lain-lain lagi.
Penggunaan pop-mail atau client mail pula membolehkan seseorang pengguna itu menarik kesemua mesej dalam laman e-mail mereka sekaligus ke dalam fail simpanan tertentu. Ini terutamanya adalah menjimatkan kepada mereka yang menerima banyak mail dalam sehari. Setelah menarik mesej-mesej itu, pengguna boleh off-line dan membacanya pada bila-bila masa.
Usenet News
E-mail adalah ideal untuk komunikasi antara perseorangan dengan perseorangan atau dengan beberapa orang. Namun, untuk perbincangan semasa, Usenet News digunakan. Usenet News adalah papan buletin elektronik bagi Internet. Ia beroperasi seperti papan buletin di pusat membeli-belah. Sesiapa sahaja boleh menampalkan notis pada bahagian-bahagian yang berkaitan. Dengan ini, orang lain akan dapat membaca mahupun menjawab kepada notis atau mesej itu.
Usenet adalah suatu jaringan newsgroups yang beroperasi sendiri (self regulating) dengan peraturan-peraturan untuk kumpulan-kumpulan pereka dan penyelenggara. Bahagian-bahagian tersebut yang dikenali sebagai newsgroup banyak didapati di merata dunia. Contohnya ialah dejanews, alt, comp, misc, sci dan lain-lain. Bagi menghantar dan membaca mesej-mesej dalam Usenet News, perisian newsreader diperlukan. Sekiranya seseorang itu berminat dalam perkhidmatan ini, dia boleh melanggan kepada Newsgroups contohnya sci.med untuk mereka yang meminati bidang perubatan.
Internet Relay Chat (IRC)
IRC membolehkan komunikasi langsung melalui Internet. Oleh itu, sesorang itu tidak perlu menunggu sementara mesejnya dihantar secara e-mail. Walau bagaimanapun, perkhidmatan ini memerlukan pihak-pihak yang terlibat untuk on-line serentak. Untuk menggunakan IRC, 2 perkara yang diperlukan ialah IRC (perisian yang membolehkan komunikasi) dan kedapatan kepada IRC server. Maklumat tambahan mengenai IRC boleh didapati melalui newsgroup di irc.
Semua arahan IRC bermula dengan /
Contoh : /help /list-min 5
/list /names
File Transfer Protocol (FTP)
Ftp merupakan metod yang digunakan untuk mendapatkan fail-fail yang disimpan dalam komputer lain dalam Internet. Ia juga membolehkan seseorang itu menghantar fail-failnya kepada komputer lain. Anonymous ftp menawarkan fail-fail percuma kepada khayalak ramai tanpa kawalan. Bagi mendapatkan fail tertentu melalui ftp, beberapa maklumat diperlukan iaitu:
- alamat tapak ftp
- panduan di mana fail itu disimpan
- nama sebenar fail itu
Sungguhpun tanpa kedapatan ftp, seseorang masih boleh mendapatkan fail melalui mail-elektronik. Ia adalah untuk mendapatkan fail-fail teks sahaja. fail-fail lain seperti gambar juga boleh didapati tetapi memerlukan langkah-langkah yang komplikated. Maklumat-maklumat asas seperti di atas perlu diketahui terlebih dahulu.

(SUMBER WMHOL,MS2.HM.COM) POSTED BY RAIMI HASSAN

FUNGSI ICT

Fungsi ICT
Menurut Carter (1993), teknologi maklumat mempunyai fungsi-fungsi berikut:
- Pemerolehan Data
- Penyimpanan Data
- Pemprosesan Data
- Peng'komunikasi'an Data
(dipetik daripada http://members.fortunecity.com/wmho1/ms2.htm)

JADUAL FUNGSI, PERKAKASAN DAN PERISIAN KOMPUTER
Fungsi Perkakasan Perisian

Peranti Input
 Kompenen yang membolehkan pengguna memasukkan data dan arahan untuk tujuan pemprosesan. Tetikus
 Peranti yang memolehkan pengguna memasukkan data melalaui penunjuk dan mengklik butang tetikus.
Mesin Pengimbas @ Scanner
 Peranti input pengesan cahaya yang membaca teks dan grafik bercetak

Pengimbas kod bar @ barcode scanner

Papan Kekunci
 alat yang membolehkan pengguna memasukkan abjad,nombor,aksara & simbol.

Kamera Digital
 membolehkan pengguna mengambil gambar format digital yang boleh dipindahkan terus ke komputer.

Mikrofon
 alat yang membolehkan pengguna memasukkan sebarang audio ke dalam komputer.








Capture Pro





Intermec SmartWedge









Image Stabelizer,
Light mastering,
Graphic adapter

Unit Sistem / Pemprosesan
 Komputer melaksanakan operasi ke atas data bagi menukarkanya kepada maklumat. Prosedur ini dipanggil sebagai pemprosesan. Kompenen ini mempunyai ‘processor’, ’memory’ dan kompenen lain.
RAM – Random Access Memory


ROM – Read Only Memory


CPU – Central Processing Unit






Windows XP, Vista
Peranti Output
 Memaparkan hasil atau output yang dijana daripada sistem komputer Monitor
 Memberi paparan secara ‘soft copy’


Mesin pencetak
 Sekiranya dicetak akan dijadikan sebagai ‘hard copy’

‘Speaker’
 Menghasilkan bunyi audio





XMLLabel, ERPLabel

Peranti Storan
 Kompenen yang menyimpan data, arahan, atau maklumat bagi kegunaan masa hadapan.
 Peranti storan adalah perkakasaan yang menyimpan (save) atau ‘retrieve’ data, maklumat dan arahan daripada media storan.
 Media storan merupakan medium fizikal iaitu data, maklumat dan arahan disimpan.
 Hard Disk,

 Thumb Drive

 Diskette

 CD-R/W @ DVD-R/W.








(SUMBER:MEMBERS,FORTUNECITY.COM) POSTED BY RAIMI HASSAN

ISU-ISU KESELAMATAN DAN PRIVACY DALAM PENGGUNAAN E-MAIL DI PREMIS KERJA

Isu-isu Keselamatan dan ‘Privacy’ dalam Penggunaan E-mail di Premis Kerja
Oleh: Sonny Zulhuda
Saat ini e-mail telah menjadi media komunikasi yang makin popular baik untuk konteks komunikasi personal maupun untuk komunikasi rasmi dan urusan berbisnis. Hal ini disebabkan oleh semakin pesatnya kemajuan teknologi komunikasi dan maklumat menerusi Internet yang telahpun dipakai oleh hampir semua bidang industri dan sektor kerajaan di Malaysia. Hal ini pula merupakan konsekuensi dari perkembangan aplikasi e-government bagi bidang awam dan kerajaan, serta e-commerce bagi sektor industri dan swasta.
E-mel pilihan popular
Dalam menghadapi pesatnya e-commerce, sektor industri kini mula sedar bahawa e-mel dapat menentukan komunikasi yang efektif untuk mencapai hasil yang produktif serta rendah kos. Ini kerana dengan e-mel mereka dapat mencapai pasar yang begitu besar jumlahnya dan tiada terbatasi oleh sempadan geografis. Dengan demikian pula, tiada masa yang terbuang percuma untuk menyampaikan pengiklanan barang dan perkhidmatan yang hendak dipromosikan kepada orang ramai.
Teknologi komunikasi murah menerusi e-mel dapat menggantikan pemakaian talian talipun, terlebih lagi untuk komunikasi antarabangsa dimana kosnya akan sangat tinggi jika menerusi talian talipun. Faksimili pula memiliki kerenahnya sendiri apabila komunikasi yang dilakukan tidak bersifat langsung (instantaneous).
Selain dari itu e-mel dapat memfasilitasi penghantaran dokumen berupa teks, gambar, mahupun suara. Hal ini tidak dapat dilakukan menerusi faksimili, talipun ataupun radio. Kelebihan e-mel yang lainnya adalah ianya dapat dicapai bila-bila masa dan dimana saja. Baik itu di pejabat, di rumah, mahupun di kafe-kafe siber. Bahkan kini e-mel sudah dapat diakses menerusi perkhidmatan talipun selular (mobile phone). Nyatalah dengan kelebihan-kelebihan ini, teknologi e-mel makin menjadi pilihan ramai.
Untuk tujuan diatas, pihak industri dan sektor kerajaan kini masing-masing telah mula membina sistem komunikasi dan maklumat mereka supaya dapat memfasilitasi komunikasi dan penyampaian maklumat, baik itu komunikasi antara majikan dan pekerja di sebuah syarikat; antara syarikat dengan pelabur, dengan rakan kerja, ataupun dengan para pelanggan dan pengguna. Kini majoriti pekerja di pejabat-pejabat sudahpun mula menggunakan e-mel untuk keperluan komunikasi mereka.
Isu-isu berbangkit
Beberapa isu mula berbangkit manakala e-mel sudah semakin popular dipakai oleh pihak industri. Salah satu isu yang sering terdengar ada isu keselamatan sistem maklumat dan perlindungan privasi pengguna. Bagi isu keselamatan, sudah banyak kejadian yang melibatkan aksi pencerobohan (intrusion) terhadap sesebuah sistem maklumat, dan yang lebih memeritkan lagi, apabila penceroboh itu melakukan pengrosakan dan perubahan terhadap sistem itu, serta mencuri maklumat yang tersimpan di dalamnya. Selain daripada itu, penyebaran virus menerusi sistem Internet juga menjadi salahsatu isu besar yang juga membabitkan keselamatan data dan sistem.
Dalam tahun 2002, MyCERT (Malaysian Computer Emergency Response Team) melaporkan sehingga bulan Oktober, tidak kurang daripada 631 kes berkaitan dengan jenayah komputer berlaku di Malaysia. Lebih dari separuh membabitkan hacking (227 kes), virus komputer (212 kes), dan pencerobohan (57 kes).
Isu privacy pula menjadi hangat setelah banyak berlaku pencurian maklumat peribadi menerusi sistem maklumat. Pada Tahun lepas dilaporkan berlakunya pengambilan wang riuban ringgit menerusi ATM yang menunjukkan pencerobohan dan pencurian maklumat peribadi dari sebuah akaun bank.
Isu spamming kini menjadi ancaman bagi pengguna sistem e-mel dan Internet. Ini berlaku ketika banyaknya e-mel yang masuk mula memenuhi store penyimpanan data bagi sebuah sistem. Jika store itu penuh dengan tiba-tiba, sudah tentu ia akan menegah masuk e-mel-e-mel lain yang penting seperti urusan perniagaan dan bisnis. Bagaikan tamu tak diundang, spam yang menawarkan berbagai barang dan perkhidmatan ini dapat menganggu keselesaan pemakai e-mel, dan dinilai sebagai pencerobohan privasi, kerana memanfaatkan ruang e-mel mereka tanpa adanya kebenaran. Mengikut laporan MyCERT, kes spamming sepanjang tahun 2002 dilaporkan mencecah 100 kes hingga bulan Oktober. Sementara itu, masih lebih banyak lagi kes yang mungkin tidak dilaporkan oleh pemakai.
Penggunaan e-mail tak terkawal
Berbagai isu keselamatan dan privacy ini dapat berpunca dari pemakaian e-mel yang tidak terkawal dan tanpa sebarang bimbingan (guidance) yang betul. Malah hal ini dapat membantu memudahkan aksi-aksi pencerobohan tersebut, serta membuka jalan untuk melakukan bentuk-bentuk jenayah yang lain seperti pencurian maklumat, kes fitnah dan malu (defamation), pencerobohan hak cipta, serta pencurian wang melalui pencerobohan kad kredit.
Pemakaian e-mel syarikat yang tidak terkawal, komunikasi personal yang tidak perlu, serta pemakaian internet bukan untuk urusan pekerjaan disenaraikan sebagai beberapa faktor yang memungkinkan berlakunya pencerobohan sistem dan maklumat.
Pencerobohan ini sering berlaku karena pengguna Internet percaya bahwa identiti mereka dapat disembunyikan ketika mereka online. Anggapan ini tidak tepat sama sekali kerana identity kita sangat mudah terserlah menerusi Internet disebabkan kemajuan berbagai teknologi maklumat seperti cookies.
Cookies adalah fail-fail elektronik yang dihantar oleh pemilik laman web untuk merekodkan aktiviti pengguna menerusi Internet. Rekod digital inilah yang dijadikan oleh pemilik cookies tadi untuk mendapatkan identiti pengguna sehingga dapat digunakan untuk menghantar iklan menerusi spamming.
Dalam konteks ini, pihak kerajaan, industri dan mana-mana pihak yang telah membina sistem komunikasi dan maklumat menerusi Internet perlu mengambil kira berbagai risiko yang dapat menjejaskan aktiviti mereka ini, dan mengambil tindakan preventif (pencegahan) dengan memastikan dasar dan peraturan pemakaian e-mel di pejabat-pejabat mereka.
Tindakan pencegahan menerusi ‘internal e-mail policy’
Tindakan pencegahan ini dapat dilakukan dengan berbagai cara. Yang paling mustahak adalah melalui pelaksanaan kod amalan (Code of Practice) atau dasar dalaman (Internal Policy) bagi pemakaian internet dan e-mel di premis pejabat. Selain itu, tindakan mengikut undang-undang juga perlu dirujuk, seperti undang-undang siber dan kanun jenayah.
Kod amalan pemakaian e-mel perlu difahamkan kepada semua pegawai di premis kerja supaya tahu risiko yang boleh berlaku apabila mereka memakai e-mel dan Internet. Beberapa hal yang boleh dijadikan panduan dalam membuat kod amalan adalah seperti tersenarai:
1. E-mel hanya boleh digunakan untuk keperluan kerja saja;
2. E-mel lama yang sudah tidak relevan perlu dipadamkan dari akaun;
3. Berhati-hati apabila mendapatkan attachment dari e-mel dari alamat yang tidak dikenal, jangan membuka attachment untuk menghindari kemungkinan virus computer;
4. Jika terdapat spam atau e-mel yang memuat iklan jualan, blok alamat pengirimnya, atau hubungi pegawai teknikal sistem; dan
5. Pihak pengurusan dapat melakukan periksa dan pengawasan terhadap sistem e-mel di premis kerja.
Ini hanyalah sebahagian dari contoh dasar-dasar untuk mengawal aktiviti e-mel supaya tidak menyebabkan kes-kes pencerobohan.
Undang-undang Siber dan Perlindungan Data Peribadi
Dalam konteks penguatkuasaan undang-undang, berbagai kes jenayah komputer diatasi dengan Akta Jenayah Komputer (Computer Crimes Act) 1997 yang merupakan rangkaian paket undang-undang siber di Malaysia. Walaupun ada anggapan sesetengah pihak bahwa akta ini masih sangat terhad cakupannya, namun kehadiran akta ini boleh dianggap sebagai langkah yang sangat tepat bagi menjawab cabaran teknologi kamunikasi dan maklumat sekarang ini. Akta ini penting bagi menutupi kekurangan undang-undang lama dalam mengatasi jenayah teknologi.
Sayangnya, manakala kita sudah memiliki undang-undang untuk mengatasi isu keselamatan, isu privacy pula masih belum dilindungi secara komprehensif dalam sebuah undang-undang.
Dalam konteks inilah, rujukan perlu dibuat kepada draft (bill) akta perlindungan data peribadi (PDP) yang mungkin akan diluluskan oleh parlimen pada tahun ini. Ini kerana undang-undang ini adalah yang paling komprehensif bagi pengaturan perlindungan privacy dalam kaitannya dengan sistem maklumat. Undang-undang ini telahpun disusun mengikut perkembangan semasa dalam isu komputer dan Internet.
Akta PDP ini dimaksudkan khasnya untuk mengatur tata cara pengumpulan, pemakaian, pmrosesan (processing), pertukaran, dan penyimpanan maklumat peribadi baik itu dalam bentuk otomatik ataupun manual. Akta ini mengatur hak-hak para pengguna dalam kaitannya dengan perlindungan privacy atau hak peribadi mereka.
Dengan akta ini misalnya, pengguna dibenarkan untuk mengetahui samada maklumat mereka ada disimpan oleh industri berkenaan, dan apa yang akan dibuat terhadap maklumat peribadi itu. Selain itu, pihak industri tidak boleh meneruskan praktik pemasaran langsung (direct marketing) menerusi e-mel apabila tidak disetujui oleh orang yang menerima e-mel berkenaan. Ketentuan ini kiranya sedikit banyak boleh membantu memecahkan masalah spamming.
Secara ringkasnya juga dapat dipastikan, bahwa kehadiran akta PDP akan dapat memberikan impak yang positif bagi perkembangan e-commerce di Malaysia.
Penutup
Sebagai kesimpulan, perlu disedari bahwa pemakaian e-mel sangat erat fungsinya bagi memajukan aplikasi e-government dan e-commerce yang kini telah menjadi tumpuan pemabngunan negara. Namun pemakaian kemudahan ini perlulah diarahkan kepada bentuk yang paling efektif baik menerusi dasar dalaman premis kerja, mahupun penguatkuasaan undang-undang. Tindakan ini pada masa yang sama akan mengurangkan berbagai risiko keselamatan dan pencerobohan privacy yang dapat merugikan pemilik sistem itu sendiri.

(SUMBER:SONY ZULHUDA) POSTED BY RAIMI HASSAN

KESELAMATAN ICT

Pegawai Keselamatan ICT

Melindungi program-program keselamatan ICT Kerajaan Negeri sangatlah penting. Sebarang pencerobohan terhadap rahsia Kerajaan ataupun kelemahan tahap-tahap keselamatan boleh mengurangkan kebolehpercayaan sistem itu sekali gus menghakis keyakinan para pengguna. Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) diberi tugas untuk bertindak terhadap kemungkinan pencerobohan ataupun membenteras program-program yang seumpamanya.
Pegawai Keselamatan ICT juga bertanggungjawab terhadap pembangunan, pelaksanaan dan penyelengganraan program-program keselamatan ICT di jabatan masing-masing dalam Perkhidmatan Awam Negeri. Ini termasuk menghasilkan Dasar Pengurusan Keselamatan Desktop yang khusus untuk amalan anti-virus, amalan sistem sandaran, amalan kerja dan sebagainya; serta berkonsepkan Buku Panduan Keselamatan Negeri sebagai rujukan untuk Perkhidmatan Awam Negeri terhadap garis panduan keselamatan, prosedur, dan dasar. Peranan dan tanggungjawab Pegawai Keselamatan ICT dalam menyelia keselamatan ICT Negeri, pengauditan dalam program-program ICT serta mengelakkan ancaman-ancaman keselamatan maklumat.

Program Keselamatan ICT
• Menguruskan program-program keselamatan ICT di jabatan masing-masing.
• Melaksanakan dasar keselamatan ICT, piawaian ataupun garis panduan untuk diterima pakai dalam penyimpanan maklumat terkini sehinggalah mengikut langkah perubahan teknologi, hala tuju organisasi dan ancaman yang mungkin dihadapi.
• Membantu dalam pembangunan piawaian tertentu ataupun garis panduan yang sesuai dengan dasar keselamatan ICT di jabatan dan keperluan aplikasi.
• Mengulas sistem ICT dari segi kelemahan dan risiko terhadap keperluan keselamatan.

Program Audit
• Menjalankan audit berdasarkan dasar keselamatan ICT yang diluluskan, piawaian dan garis panduan untuk memeriksa ketidakpatuhan.
• Mencadangkan langkah-langkah untuk merapatkan jurang di tempat yang terdapat ketidakpatuhan keselamatan.
• Memastikan bahawa dalam kes-kes pengecualian dasar, proses menanggung risiko itu dipatuhi, dan pengecualian akan dikaji semula serta akan dinilai dari semasa ke semasa.
• Mengulas audit dan laporan-laporan pemeriksaan tentang isu-isu keselamatan ICT, termasuk pengurusan taklimat tentang isu-isu yang berkait dengan tindakan susulan dari semasa ke semasa untuk memastikan kawalan-kawalan yang sesuai dan prosedur-prosedur patuhi untuk jangka masa yang ditetapkan.
• Mentakrifkan ancaman-ancaman utama terhadap aset-aset maklumat dan memastikan pihak pengurusan memahami keadaan yang berlaku.

Ancaman Keselamatan
• Mengekalkan pengetahuan terkini tentang ancaman-ancaman semasa, teknologi-teknologi memproses maklumat, dan kaedah-kaedah melindungi maklumat daripada kemas kinian maklumat, seminar-seminar keselamatan ICT dan latihan semasa kerja.
• Menyediakan dan menyebarkan amaran yang sesuai untuk ancaman yang berlaku terhadap aset-aset maklumat sesuatu jabatan, contohnya, wabak virus komputer.
• Membentuk pasukan pengendalian keselamatan untuk menyelia kejadian-kejadian keselamatan.
• Menyelaraskan atau membantu dalam menyiasat ancaman-ancaman atau serangan-serangan yang lain terhadap aset-aset maklumat.
• Membantu dalam pemulihan daripada serangan.
• Membantu jabatan dalam memberi respons kepada isu-isu keselamatan pelanggan, termasuk menyediakan surat-surat jaminan atau soalan tentang langkah-langkah keselamatan.
• Melaporkan sebarang isu keselamatan ICT kepada Pegawai Keselamatan Malumat dan Ketua jabatan masing-masing.
Pegawai Keselamatan ICT diberi peluang untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang keselamatan ICT melalui forum-forum dan kursus-kursus latihan seperti Persidangan Keselamatan ICT dan Bengkel Kesedaran Keselamatan tahunan.
(sumber sony zulhuda) posted by Raimi Hassan

Monday, November 8, 2010

Adobe Acrobat



Adobe Acrobat is a family of application software developed by Adobe Systems to view, create, manipulate, print and manage files in Portable Document Format (PDF).[3] All members of the family, except Adobe Reader (formerly Acrobat Reader), are commercial software; Adobe Reader however, is available as freeware and can be downloaded from Adobe's web site. Adobe Reader enables users to view and print PDF files but has negligible PDF creation capabilities.[4] Acrobat and Reader are widely used as a way to present information with a fixed layout similar to a paper publication.

History

Since the early 1990s, the Acrobat product has had several competitors, some of which used their own document formats, such as:
AnyView from Binar Graphics
Common Ground from No Hands Software
Envoy from WordPerfect Corporation
Folio from NextPage
Replica from Farallon Computing
WorldView from Interleaf
DjVu from AT&T Laboratories/DjVu Project/LizardTech/Celartem/Caminova
By the late 1990s PDF had become the de facto standard, and the others had become largely historical footnotes. This in turn has led to many more competitors for Adobe Acrobat, providing both free and commercial programs that create or manipulate PDF, such as Ghostscript, Foxit, Nitro PDF and Nuance Communications. Adobe also allows Acrobat plug-ins to be developed by third parties, which can add extra functions within the Acrobat program.

Product names

Adobe has changed the names of the products in the Acrobat family regularly, also splitting-up, joining, or discontinuing products. Between version 3 and 5, Standard and Professional versions were one product simply called Adobe Acrobat.
As of October 2009, the current main members of the Adobe Acrobat family are:
Adobe Reader 9 (Windows, Mac and Unix)
Adobe Acrobat 9
Adobe Acrobat 9 Standard (Windows only)
Adobe Acrobat 9 Pro (Windows & Mac only)
Adobe Acrobat 9 Pro Extended (Windows only; includes Adobe Presenter)
A growing collection of free web services launched via the Acrobat.com service such as Adobe Buzzword, Connect Now, Create PDF, and Share.
None of the products in Acrobat family has adopted the two-letter CS3 icons, although rendered similarly.

source : Wikipedia

Monday, October 25, 2010

Blog



Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.

Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.

Istilah "blog" merupakan kata lakur untuk perkataan "web" dan "log" (Web log). "Blog" juga boleh digunakan sebagai kata kerja yang membawa pengertian "untuk memeliharakan atau menambahkan isi kandungan ke dalam blog."

Pada bulan Nov 2007, Technorati, enjin carian blog, sedang menjejaki melebihi 120 juta blog, meningkat dua kali ganda sejak awal Januari 2007.

Sejarah

Babad, buku Commonplace, buku harian, perzin and persatuan akhbar amatur boleh dilihatkan sebagai pendahulu-pendahulu blog. Sebelum blog menjadi popular, terdapat banyak bentuk komuniti-komuniti digital, termasuk:

* Usenet
* perkhidmatan komersil dalam talian, seperti GEnie, BiX, dan CompuServe yg awal;
* senarai emel;
* sistem papan buletin (BBS).

Pada dekad 1990-an, perisian forum internet seperti WebEx mencipta perbualan selari dengan "bebenang". Bebenang merupakan hubungan topik antara perutusan-perutusan pada "papan gabus" metafora. Sesetengah orang telah mempersamakan blog dengan gerakan Mass-Observation yang diasaskan pada tahun 1937 di United Kingdom.

1983-1990 (Pra-HTTP)

Usenet ialah perantara bersiri yang utama yang terangkum dalam takrif Jaringan Sejagat (WWW) yang asal. Ia menonjolkan Kumpulan Berita Tersederhana yang membenarkan semua pengeposan dikawal oleh seorang individu atau sekumpulan pengguna yang kecil. Kebanyakan kumpulan berita tersebut hanya merupakan forum-forum perbualan tersederhana. Bagaimanapun pada tahun 1983-94, satu kekecualian, iaitu mod.ber telah dicipta, dikendalikan, dan dinamai sempena Brian E. Redman. Secara tetap, Redman dan beberapa rakannya akan mengeposkan ringkasan pos-pos dan bebenang-bebenang yang menarik dari laman-laman web yang lain dalam internet. Dengan gaya penerbitan jurnal bersiri, kehadiran dalam jaringan pra-HTTP, serta persamaan yang rapat dengan bentuk blog kini yang biasa — ia menonjolkan pautan ke laman-laman web yang menarik yang dipilih oleh pengguna blog — mod.ber mempunyai banyak ciri yang biasanya dikaitkan dengan istilah Blog. Walaupun demikian, mod.ber menamatkan operasinya selepas lebih kurang 8 bulan.



1994–2001

Blog moden berkembang daripada buku-buku harian dalam talian yang digunakan untuk menyimpan huraian selari tentang kehidupan-kehidupan peribadi mereka. Kebanyakan penulis ini merujuk kepada diri sendiri sebagai penulis diari, wartawan, atau penulis jurnal, dengan sebilangan kecil memanggil diri sendiri sebagai "eskribisionis" (escribitionist).

Gelang laman web (webring) Halaman-halaman Terbuka merangkumi ahli-ahli komuniti jurnal dalam talian. Justin Hall yang menggunakan blog peribadi sejak dari tahun 1994 ketika masih belajar di Kolej Swarthmore umumnya dianggap sebagai salah satu pengguna perintis blog yang awal,bersama-sama Jerry Pournelle.

Bentuk-bentuk jurnal yang lain juga wujud dalam talian. Satu contoh yang terkenal ialah jurnal John Carmack, seorang pengaturcara permainan. Jurnalnya yang diterbitkan melalui protokol jari telah dibaca secara meluas. Laman-laman web, baik laman korporat mahupun laman peribadi, masih kerap kali menonjolkan bahagian-bahagian "Berita" atau "Berita Terkini", seringnya di dalam laman utama masing-masing dan disisihkan mengikut tarikh. Salah satu "weblog" berasaskan berita ialah Laporan Drudge yang diasaskan oleh Matt Drudge. Drudge menggelar diri sebagai pemberita pengingkar walaupun beliau jelas tidak suka akan pengelasan ini. Lagi satu contoh ialah Institut untuk Ketepatan Awam yang mula mengeposkan siaran-siaran berita yang menonjolkan petikan-petikan berita seperenggan daripada laman-laman web yang lain banyak kali seminggu mulai dari tahun 1998. Satu contoh pendahulu yang awal yang patut diberikan perhatian ialah laman web peribadi gurauan Kibo, legenda Usenet yang sentiasa dikemaskinikan.

Weblog-weblog yang awal hanya merupakan komponen-komponen laman web biasa yang dikemaskinikan secara manual. Bagaimanapun, pengembangan alat-alat untuk memudahkan penghasilan dan pemeliharaan rencana-rencana web yang diposkan mengikut tertib kronologi terbalik menyebabkan proses penerbitan boleh dilaksanakan oleh lebih banyak orang yang kurang mahir dari segi keupayaan teknikal. Ini akhirnya menyebabkan sebuah kelas penerbitan dalam talian yang terdiri yang menerbitkan apa yang diakui sebagai blog pada hari ini. Umpamanya, penggunaan perisian berasaskan pelayar kini merupakan suatu aspek "pemblogan" yang biasa. Blog-blog boleh dihoskan, baik oleh perkhidmatan-perkhidmatan pengehosan blog yang khusus, mahupun melalui perisian blog, seperti WordPress, Movable Type, blogger atau LiveJournal, atau dalam perkhidmatan-perkhidmatan pengehosan web yang tetap seperti DreamHost.

Istilah "weblog" dicipta oleh Jorn Barger pada 17 Disember 1997, manakala singkatannya, "blog," dicipta oleh Peter Merholz yang secara bermain-main memecahkan perkataan weblog menjadi frasa we blog di palang sisi blognya, Peterme.com pada April atau Mei 1999.Ini dengan pantasnya diterima, baik sebagai kata nama mahupun sebagai "kata kerja" dalam bahasa Inggeris ("to blog," bermaksud "mengedit weblog atau mengeposkan perutusan ke dalam weblog").

Selepas sebuah permulaan yang lambat, pemblogan dengan pantasnya mencapai kepopularan: laman web Xanga yang dilancarkan pada tahun 1996 hanya mempunyai 100 kemasukan menjelang 1997, tetapi melebihi 20 juta pada bulan Disember 2005. Penggunaan blog meledak pada tahun 1999 dan selepas nya, dipopularkan lagi ketibaan-ketibaan hampir serentak alat-alat blog pengehosan yang awal:

* Open Diary yang dilancarkan pada Oktober 1998 tidak lama kemudian berkembang sehingga beribu-ribu kemasukan dalam talian. Open Diary membuat pembaharuan kepada ulasan pembaca dan menjadi komunit blog yang pertama yang para pembaca boleh menambahkan ulasan mereka pada kemasukan blog penulis yang lain.
* Brad Fitzpatrick, seorang pengguna blog yang terkenal memulakan LiveJournal pada bulan Mac 1999.
* Andrew Smales mencipta Pitas.com pada bulan Julai 1999 sebagai pilihan yang lebih mudah untuk mengendalikan "laman berita" dalam laman web. Ini diikuti oleh penciptaan Diaryland pada bulan September 1999 yang lebih menumpukan pada komuniti diari peribadi.
* Evan Williams dan Meg Hourihan (Pyra Labs) melancarkan blogger.com pada bulan Ogos 1999 (dibeli oleh Google pada bulan Februari 2003).

Pemblogan menggabungkan laman web peribadi dengan alat-alat untuk memudahkan perpuatan ke halaman-halaman dalam talian. — khususnya permalink, blogroll dan TrackBack. Ini, bersama-sama dengan enjin carian blog membolehkan pengguna blog untuk menjejaki bebenang-bebenang yang menghubungkan mereka kepada orang-orang lain yang mempunyai minat yang sama.

sumber : Wikipedia Bahasa Melayu

Saturday, October 23, 2010

Teknologi



Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.

Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.

Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.

Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

Teknologi dalam ideologi

Kerap kali, "baru" dianggap "lebih baik" dalam bidang teknologi atau kejuruteraan. Contohnya komputer baru lebih laju dari komputer lama, dan kereta baru lebih menjimatkan petrol dari kereta lama.

Pasti sebuah teknologi yang semakin berkembang akan menjadi lebih baik dan ianya semestinya mesra alamtologi. Supaya pencemaran dan kegagalan manusia untuk menangani kerosakan dapat dikurang serta akhirnya dihindari. Teknologi mesra alamtologi amat penting untuk kemajuan manusia.

sumber : Wikipedia Bahasa Melayu