Tuesday, November 9, 2010

IT DAN FUNGSI-FUNGSINYA

IT dan Fungsi-fungsinya

Definasi Tekologi Maklumat
Menurut The Society of Information System Engineering, teknologi maklumat ( Information Technology - IT ) ditakrifkan sebagai aplikasi teknologi-teknologi berkenaan kepada pemprosesan maklumat dan pusat minat semasa pada perkomputeran, telekomunikasi dan electronik digital.

Fungsi-fungsi Teknologi Maklumat
Menurut Carter (1993), teknologi maklumat mempunyai fungsi-fungsi berikut:
- Pemerolehan Data
- Penyimpanan Data
- Pemprosesan Data
- Peng'komunikasi'an Data
Laudon (1995) pula memberikan fungsi-fungsi seperti di bawah:
- Pengesanan Data
- Peng'komunikasi'an Data
- Penganalisisan Data
- Pemaparan Data

Pemindahan Maklumat
E-mail
Penggunaan e-,ail hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk penghantaran mesej. Alamat e-mail mengandungi nama pengguna, simbol @, nama user's computer, tanda noktah dan jenis organisasi. Organisai-organisasi mempunyai huruf-huruf .com pada akhir alamat. Kumpulan kerajaan mempunyai huruf .org, institusi pendidikan dengan huruf .edu, .mil untuk ketenteraan, .org untuk organisasi tanpa keuntungan dan sebagainya.
Terdapat pelbagai jenis program untuk penghantaran, penerimaan dan pengorganisasian e-mail. Pada sistem UNIX, 2 daripadanya yang paling popular ialah Pine dan Elm. Pengguna yang mempunyai SLIP/PPP , Eudora adalah lebih baik dan terdapat juga pakej percuma seperti Pegasus. Kini, terdapat banyak laman web yang menawarkan perkhidmatan e-mail percuma seperti hotmail, rocketmail, apexmail, geocities dan lain-lain lagi.
Penggunaan pop-mail atau client mail pula membolehkan seseorang pengguna itu menarik kesemua mesej dalam laman e-mail mereka sekaligus ke dalam fail simpanan tertentu. Ini terutamanya adalah menjimatkan kepada mereka yang menerima banyak mail dalam sehari. Setelah menarik mesej-mesej itu, pengguna boleh off-line dan membacanya pada bila-bila masa.
Usenet News
E-mail adalah ideal untuk komunikasi antara perseorangan dengan perseorangan atau dengan beberapa orang. Namun, untuk perbincangan semasa, Usenet News digunakan. Usenet News adalah papan buletin elektronik bagi Internet. Ia beroperasi seperti papan buletin di pusat membeli-belah. Sesiapa sahaja boleh menampalkan notis pada bahagian-bahagian yang berkaitan. Dengan ini, orang lain akan dapat membaca mahupun menjawab kepada notis atau mesej itu.
Usenet adalah suatu jaringan newsgroups yang beroperasi sendiri (self regulating) dengan peraturan-peraturan untuk kumpulan-kumpulan pereka dan penyelenggara. Bahagian-bahagian tersebut yang dikenali sebagai newsgroup banyak didapati di merata dunia. Contohnya ialah dejanews, alt, comp, misc, sci dan lain-lain. Bagi menghantar dan membaca mesej-mesej dalam Usenet News, perisian newsreader diperlukan. Sekiranya seseorang itu berminat dalam perkhidmatan ini, dia boleh melanggan kepada Newsgroups contohnya sci.med untuk mereka yang meminati bidang perubatan.
Internet Relay Chat (IRC)
IRC membolehkan komunikasi langsung melalui Internet. Oleh itu, sesorang itu tidak perlu menunggu sementara mesejnya dihantar secara e-mail. Walau bagaimanapun, perkhidmatan ini memerlukan pihak-pihak yang terlibat untuk on-line serentak. Untuk menggunakan IRC, 2 perkara yang diperlukan ialah IRC (perisian yang membolehkan komunikasi) dan kedapatan kepada IRC server. Maklumat tambahan mengenai IRC boleh didapati melalui newsgroup di irc.
Semua arahan IRC bermula dengan /
Contoh : /help /list-min 5
/list /names
File Transfer Protocol (FTP)
Ftp merupakan metod yang digunakan untuk mendapatkan fail-fail yang disimpan dalam komputer lain dalam Internet. Ia juga membolehkan seseorang itu menghantar fail-failnya kepada komputer lain. Anonymous ftp menawarkan fail-fail percuma kepada khayalak ramai tanpa kawalan. Bagi mendapatkan fail tertentu melalui ftp, beberapa maklumat diperlukan iaitu:
- alamat tapak ftp
- panduan di mana fail itu disimpan
- nama sebenar fail itu
Sungguhpun tanpa kedapatan ftp, seseorang masih boleh mendapatkan fail melalui mail-elektronik. Ia adalah untuk mendapatkan fail-fail teks sahaja. fail-fail lain seperti gambar juga boleh didapati tetapi memerlukan langkah-langkah yang komplikated. Maklumat-maklumat asas seperti di atas perlu diketahui terlebih dahulu.

(SUMBER WMHOL,MS2.HM.COM) POSTED BY RAIMI HASSAN

No comments:

Post a Comment