Saturday, October 23, 2010
Pengkomputeran awan
Pengkomputeran awan ialah pembangunan dan penggunaan teknologi komputer ("pengkomputeran") berasaskan internet ("awan"). Mengikut konsep, ia adalah suatu anjakan paradigma di mana perincian diabstrakkan daripada pengguna yang tidak lagi perlukan pengetahuan, kepakaran dalam, mahupun mengawal infrastruktur teknologi "di dalam awan" yang menyokong mereka. Ia selalunya melibatkan peruntukan sumber-sumber yang boleh diskalakan secara dinamik dan sering kali dimayakan sebagai satu perkhidmatan di Internet.
Istilah awan digunakan sebagai satu metafora bagi Internet, berdasarkan cara Internet digambarkan di dalam gambar rajah rangkaian komputer dan merupakan pengabstrakan bagi infrastruktur yang disembunyikan di sebaliknya. Perkhidmatan pengkomputeran awan biasa membekalkan penggunaan perniagaan lazim di atas talian yang dicapai melalui pelayar web, sementara perisian dan datanya tersimpan di pelayannya.
Perkhidmatan-perkhidmatan ini dibahagikan kepada kategori-kategori berikut: Perisian sebagai sebuah Perkhidmatan (SaaS), Pengkomputeran Utiliti, Perkhidmatan Web, Pelantar sebagai sebuah Perkhidmatan (PaaS), Pembekal Khidmat Terurus (MSP), Perdagangan Perkhidmatan, dan Integrasi Internet.
sumber : Wikipedia bahasa melayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment